Guru Renang
Kerjaya sebagai guru renang ada salah satu kerjaya yang profesional kerana ianya melibatkan kelayakkan, pengalaman dan kemahiran yang tinggi yang tidak boleh dilakukan oleh sembarangan orang kerana melibatkan keselamatan nyawa.
Sunday, 4 November 2018
Tuesday, 15 September 2015
Tanggungjawab Sebagai Guru Renang

Berikut adalah beberapa perkara yang sangat penting yang perlu dilakukan oleh guru renang sebelum dan selepas sessi pembelajaran.
1) Memastikan kawasan persekitaran adalah selamat dari segala bahaya. Keselamatan adalah perkara yang utama yang perlu diberikan tumpuan.Kurangnya kepekaan terhadap langkah-langkah keselamatan akan membawa kecelakaan.Pastikan semua peralatan-peralatan renang seperti ,pelampung,kick board dan goggle dalam keadaan baik.Jika terdapat kerosakkan perlulah diganti atau membuat laporan kepada pihak pengurusan.
Begitu juga dengan keselamatan di kolam ,pastikan ianya berkeadaan baik.Berkerjasamalah dengan pihak pengurusan keselamatan kolam (Lifeguard) kerana mereka lebih arif tentang perkara-perkara tersebut.
2) Sebagai seorang guru renang menjadi tanggujawab anda menjadikan suasana pembelajara itu seronok dan menyeronokkan kerana ianya akan memberi impak yang positif kepada para pelajar dan juga guru renang itu sendiri walaupun mereka rasa susah nak berenang.Pokoknya di sini bukanlah hanya perkara yang hendak diajar akan menjadi lebih senang malah emosi positif sudah terbentuk.
3) Sentiasalah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar anda tidak kira siapa mereka.Dengan demikian akan memberikan mereka semangat untuk terus berusaha sehingga mereka dapat mencapai apa yang dimahukannya.Jangan pentingkan diri semata-mata kerana wang, keikhlasan perlu ada didalam diri kerana anda adalah guru kepada mereka.Kepercayaan yang diberikan kepada anda adalah 100% kerana kepakaran anda yang jarang ada pada orang lain.
4) Mencabar diri anda sendiri setiap pekara-perkara yang bakal berlaku ,bagaimana anda menanganinya.
Di dalam sessi guru-guru renang selalu menghadapi situasi bagaimana hendak menangani masalah perangai ibu bapa dan juga pelajar.Bagi kelas renang kanak-kanak terdapat segelintir ibubapa yang mahu turut serta mengajar atau juga ketidakpuasan hati terhadap guru yang mengajar anak mereka.Bagaimana anda mengatasinya?
Begitu jugalah dengan perangai anak murid tidak kira dewasa atau kanak-kanak ianya sentiasa memberi cabaran kepada guru-guru renang.Tapi tidaklah semua menghadapi situasi yang sama.Pokok pangkalnya guru-guru renang perlu bersedia menghadpi cabaran dan mencabar diri sendiri.Itulah yang dinamakan pengalaman, dari situlah kita belajar memperbaiki diri dan meningkat tahap kita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

a) Ganjaran(reward) berbentuk metarial.
Seperti anda memberi sesuatu seperti sijil kemajuan,hadiah dan sebagainya ianya bertujuan untuk memberi galakkan ke atas kemajuan yang ditunjukkan oleh anak murid anda.Ganjaran seperti ini memerlukan anda mengeluarkan modal untuk merealisasikannya.
b) Ganjaran(reward) pengucapan ianya seperti ucapan " Bagus teruskan usaha","terbaik", "mantop" dan sebagainya bertujuan memberi galakkan terhadap usaha yang dilakuan oleh anak murid anda.
6) Pelbagaikan aktiviti semasa sessi pembelajaran.Kebanyakkan guru-guru renang gagal di dalam mempelbagaikan aktuviti semasa sessi kelas renang.Ini adalah kerana disebabkan kurangnya pengalaman.dalam pengajaran.Jadi apa yang perlu dilakukan adalah menghadiri kurus-kursus yang diadakan oleh kelab-kelab atau persatuan guru renang berkaitan dengan cara-cara mejadikan anda sebagai guru renang yang lebih effektif.
7) Sebagai guru renang anda mestilah tahu menilai dan mengawal risiko.Ini bermaksud kepakaran dan pengalaman memainkan peranan.sebagai contoh jika sessi renang dijalankan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan anda perlu tahu menilai keadaan dan tahu risiko yang bakal diambil jika meneruskan sessi.Berkerjasamalah dengan penyelamat kelemasan(lifeguard) kerana mereka lebih arif tentang keselamatan dikolam renang.

Jika anda soalan atau pandangan apa sahaja mengenai aktiviti renang boleh kemukakan di ruangan komen ini.Untuk makluman semua saya tidak berminat untuk berdebat.jadi sila berikan pandangan atau soalan untuk kebaikkan bersama.In sha allah ketemu lagi ya...
Monday, 14 September 2015
Kenapa Guru Renang?
Assalamualaikum dan salam perkenalan semua.Terlebih dahulu saya ingin memberitahu tujuan saya mewujudkan blog cikgu renang ini. Blog ini adalah semata-mata untuk saya cuba berkongsi kepada masayarakat di luar sana khasnya para guru renang dan juga bakal-bakal guru renang mengenai aktiviti air iaitu berenang yang sekarang mendapat perhatian seluruh masyarakat kita ini.Blog ini juga bertujuan menaikkan martabat guru renang ke arah kerjaya yang lebih profesional dan tidak dianggap sebagai kerjaya separuh masa.
Sukan renang di negara kita ini dahulunya dimonopoli oleh kaum cina sahaja,Alhamdulillah di atas kesedaran sekarang ini kaum melayu dan india sudah mula turut mengambil bahagian di dalam sukan renang ini.
Baiklah buat pertama kalinya saya nak berkongsi dengan rakan-rakan seklian mengenai tajuk kali ini iaitu "Kenapa Guru Renang"?.Ramai yang terlepas pandang dan beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru renang ni adalah suatu pekerjaan yang hanya dilakukan secara separuh masa sahaja (part time) Tahukah anda bahawa kerjaya sebagai guru renang merupakan kerja yang sama tarafnya dengan guru sekolah.Kerjaya sebagai guru renang ini juga kenali sebagai sebagai seorang pendidik, pengasuh, muddaris dalam insitusi pendidikan.Ianya juga bole dirujuk sebagai seorang yang pakar di dalam bidang yang diceburi.
Kerjaya sebagai guru renang adalah sutau perkerjaan yang profesional dan perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan seseorang yang perlu mempunyai kelayakkan , kemahiran dan pengalaman yang tinggi. Ianya bukan boleh dilakukkan oleh sembarangan orang yang tidak layak kerana ianya berkaitan dengan nyawa para pelajar dan nyawa guru renang itu sendiri. jika ianya dilakukan oleh seorang amatur dan berlakunya tragedi seperti kelemasan semasa kelas dijalankan cuba bayangkan tentang apa yang akan berlaku seterusnya.susah bukan!

Peranan Sebagai Guru Renang adalah:
1) Menyediakan laporan memgenai kemajuan pelajar secara efektif .Ianya boleh dilakukan pada mingguan atau bulanan.
2) Menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar(role model)
3) Mengajar di dalam persekitaran yang selamat,sentiasa menangani cabaran dengan baik dan sentiasa memberi keseronokan.
4) Merangka pelan pembelajaran mengikut tahap pelajar(lesson plan)
5) Memastikan suasana pembelajaran dan peralatan-peralatan yang akan digunakan diperiksa dahulu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
6) Menilai serta mengenalpasti keperluan pelajar .
7) Memberikan layanan sama adil atau tiada pilih kasih semasa kelas dijalankan tidak kira bangsa,agama,rupa atau warna kulit.
Rasanya banyak lagi peranan yang di mainkan oleh guru renang ni untuk menjadikan orang yang diajar pandai berenang.Perlulah saya berhenti setakat ini dahulu kerana otak dah tak bole nak berfikir lagi.In sha Allah kita jumpa lagi dan banyak lagi perkara yang hendak saya kongsikan bersama..jumpa lagi ya..
Subscribe to:
Posts (Atom)