Monday, 14 September 2015

Kenapa Guru Renang?




Assalamualaikum dan salam perkenalan semua.Terlebih dahulu saya ingin memberitahu tujuan saya mewujudkan blog cikgu renang ini. Blog ini adalah semata-mata untuk saya cuba berkongsi kepada masayarakat di luar sana khasnya para guru renang dan juga bakal-bakal guru renang mengenai aktiviti air iaitu berenang  yang sekarang mendapat perhatian seluruh masyarakat kita ini.Blog ini juga bertujuan menaikkan martabat guru renang ke arah kerjaya yang lebih profesional dan tidak dianggap sebagai kerjaya separuh masa.

Sukan renang di negara kita ini dahulunya dimonopoli oleh kaum cina sahaja,Alhamdulillah di atas kesedaran sekarang ini kaum melayu dan india sudah mula  turut mengambil bahagian di dalam sukan renang ini.

Baiklah buat pertama kalinya saya nak berkongsi dengan rakan-rakan seklian mengenai tajuk kali ini iaitu "Kenapa Guru Renang"?.Ramai yang terlepas pandang dan beranggapan bahawa kerjaya sebagai guru renang ni adalah suatu pekerjaan yang hanya dilakukan secara separuh masa sahaja (part time) Tahukah anda bahawa kerjaya sebagai guru renang merupakan kerja yang sama tarafnya dengan guru sekolah.Kerjaya sebagai guru renang ini juga kenali sebagai sebagai seorang pendidik, pengasuh, muddaris dalam insitusi pendidikan.Ianya juga bole dirujuk sebagai seorang yang pakar di dalam bidang yang diceburi.


Kerjaya sebagai guru renang adalah sutau perkerjaan yang profesional dan perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan seseorang yang perlu mempunyai kelayakkan , kemahiran dan pengalaman yang tinggi. Ianya bukan boleh dilakukkan oleh sembarangan orang yang tidak layak kerana ianya berkaitan dengan nyawa para pelajar dan nyawa guru renang itu sendiri. jika ianya dilakukan oleh seorang amatur dan berlakunya tragedi seperti kelemasan semasa kelas dijalankan cuba bayangkan tentang apa yang akan berlaku seterusnya.susah bukan!

Seorang guru renang perlulah mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar bagi menyampaikan serta merancang tentang  apa yang akan diajarkan.Untuk menjadi guru renang yang bagus dan berkesan mereka perlu mahir di dalam mereka suasana pengajaran yang gembira bagi menarik minat para pelajar terhadap kelas renang yang diadakan setiap minggu.Guru renang yang gagal mereka situasi akan mendapati anak didiknya akan merasa bosan semasa kelas dijalankan dan mungkin tidak berminat untuk meneruskan kelas seterusnya.Belajar dan mengajar berenang sebenarnya memerlukan kerjasama kedua-dua pihak kerana ianya melibatkan emosi atau suasana pembelajaran itu sendiri.

Peranan Sebagai Guru Renang adalah:
1) Menyediakan laporan memgenai kemajuan pelajar secara efektif .Ianya boleh dilakukan pada mingguan atau bulanan.

2) Menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar(role model)

3) Mengajar di dalam persekitaran yang selamat,sentiasa menangani cabaran dengan baik dan sentiasa    memberi keseronokan.

4) Merangka pelan pembelajaran mengikut tahap pelajar(lesson plan)

5) Memastikan suasana pembelajaran dan peralatan-peralatan yang akan digunakan diperiksa dahulu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

6) Menilai serta mengenalpasti keperluan pelajar .

7) Memberikan layanan sama adil atau tiada pilih kasih semasa kelas dijalankan tidak kira bangsa,agama,rupa atau warna kulit.

Rasanya banyak lagi peranan yang di mainkan oleh guru renang ni untuk menjadikan orang yang diajar pandai berenang.Perlulah saya berhenti setakat ini dahulu kerana otak dah tak bole nak berfikir lagi.In sha Allah kita jumpa lagi dan banyak lagi perkara yang hendak saya kongsikan bersama..jumpa lagi ya..

No comments:

Post a Comment