
Berikut adalah beberapa perkara yang sangat penting yang perlu dilakukan oleh guru renang sebelum dan selepas sessi pembelajaran.
1) Memastikan kawasan persekitaran adalah selamat dari segala bahaya. Keselamatan adalah perkara yang utama yang perlu diberikan tumpuan.Kurangnya kepekaan terhadap langkah-langkah keselamatan akan membawa kecelakaan.Pastikan semua peralatan-peralatan renang seperti ,pelampung,kick board dan goggle dalam keadaan baik.Jika terdapat kerosakkan perlulah diganti atau membuat laporan kepada pihak pengurusan.
Begitu juga dengan keselamatan di kolam ,pastikan ianya berkeadaan baik.Berkerjasamalah dengan pihak pengurusan keselamatan kolam (Lifeguard) kerana mereka lebih arif tentang perkara-perkara tersebut.
2) Sebagai seorang guru renang menjadi tanggujawab anda menjadikan suasana pembelajara itu seronok dan menyeronokkan kerana ianya akan memberi impak yang positif kepada para pelajar dan juga guru renang itu sendiri walaupun mereka rasa susah nak berenang.Pokoknya di sini bukanlah hanya perkara yang hendak diajar akan menjadi lebih senang malah emosi positif sudah terbentuk.
3) Sentiasalah memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar anda tidak kira siapa mereka.Dengan demikian akan memberikan mereka semangat untuk terus berusaha sehingga mereka dapat mencapai apa yang dimahukannya.Jangan pentingkan diri semata-mata kerana wang, keikhlasan perlu ada didalam diri kerana anda adalah guru kepada mereka.Kepercayaan yang diberikan kepada anda adalah 100% kerana kepakaran anda yang jarang ada pada orang lain.
4) Mencabar diri anda sendiri setiap pekara-perkara yang bakal berlaku ,bagaimana anda menanganinya.
Di dalam sessi guru-guru renang selalu menghadapi situasi bagaimana hendak menangani masalah perangai ibu bapa dan juga pelajar.Bagi kelas renang kanak-kanak terdapat segelintir ibubapa yang mahu turut serta mengajar atau juga ketidakpuasan hati terhadap guru yang mengajar anak mereka.Bagaimana anda mengatasinya?
Begitu jugalah dengan perangai anak murid tidak kira dewasa atau kanak-kanak ianya sentiasa memberi cabaran kepada guru-guru renang.Tapi tidaklah semua menghadapi situasi yang sama.Pokok pangkalnya guru-guru renang perlu bersedia menghadpi cabaran dan mencabar diri sendiri.Itulah yang dinamakan pengalaman, dari situlah kita belajar memperbaiki diri dan meningkat tahap kita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

a) Ganjaran(reward) berbentuk metarial.
Seperti anda memberi sesuatu seperti sijil kemajuan,hadiah dan sebagainya ianya bertujuan untuk memberi galakkan ke atas kemajuan yang ditunjukkan oleh anak murid anda.Ganjaran seperti ini memerlukan anda mengeluarkan modal untuk merealisasikannya.
b) Ganjaran(reward) pengucapan ianya seperti ucapan " Bagus teruskan usaha","terbaik", "mantop" dan sebagainya bertujuan memberi galakkan terhadap usaha yang dilakuan oleh anak murid anda.
6) Pelbagaikan aktiviti semasa sessi pembelajaran.Kebanyakkan guru-guru renang gagal di dalam mempelbagaikan aktuviti semasa sessi kelas renang.Ini adalah kerana disebabkan kurangnya pengalaman.dalam pengajaran.Jadi apa yang perlu dilakukan adalah menghadiri kurus-kursus yang diadakan oleh kelab-kelab atau persatuan guru renang berkaitan dengan cara-cara mejadikan anda sebagai guru renang yang lebih effektif.
7) Sebagai guru renang anda mestilah tahu menilai dan mengawal risiko.Ini bermaksud kepakaran dan pengalaman memainkan peranan.sebagai contoh jika sessi renang dijalankan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan anda perlu tahu menilai keadaan dan tahu risiko yang bakal diambil jika meneruskan sessi.Berkerjasamalah dengan penyelamat kelemasan(lifeguard) kerana mereka lebih arif tentang keselamatan dikolam renang.

Jika anda soalan atau pandangan apa sahaja mengenai aktiviti renang boleh kemukakan di ruangan komen ini.Untuk makluman semua saya tidak berminat untuk berdebat.jadi sila berikan pandangan atau soalan untuk kebaikkan bersama.In sha allah ketemu lagi ya...
No comments:
Post a Comment